Tuesday, May 15, 2012

tu la tu

Haaa...dah berhabuk dah bersawang blog ni...baru reti aku nak ngadap!
Dasar tuan tak ngenang budi terhadap blog sendiri!

Last post 1 Febuari 2012....hampir 4 bulan tidak aku 
melayari dan melawat blog ni.Sungguh aku 
tak punya ilham untuk berbicara apa yang aku rasa dengan kehidupan.

Jatuh bangun bersama URBAN SHISHA itu yang aku hadapi.
Dalam hampir 4 bulan aku tewas sekali lagi.
Sama macam sebelum raya tahun lepas jugak!
Cuma kali ini lebih tabah dan tidak sekusut dulu.
Lebih tenang menghadapi dan memikirkan strategi baru.

Itu baru pasal mencari rezeki..belum lagi
pasal jatuh bangun aku plak.Pun aku 
seram nak taip dan nak ngenang...
terasa berat untuk aku taipkan perkara
yang dah berlalu.

Hati tiba-tiba rasa macam suram je ..kena plak lagu
Back to Black - Amy winehouse
berkumandang...lagi la ...aduyai...

Cuma berbekalkan harapan dari kawan-kawan,keluarga ..
itu yang membuatkan aku akan sentiasa
maju dan maju dalam apa yang aku lakukan dan 
juangkan!

Wednesday, February 1, 2012

jangka masa

Berputar minda dan berkeceramuk hati dgn
apa yang di rasa.
Rasa yang kian mati.
Seketika sahaja kau menjelma
untuk menyinari hidup ini.

Ruang,peluang dan masa sebagai saksi.
Dan detik itu takkan pernah kembali.

Monday, January 30, 2012

HB


27 telah termaktub.Ya Allah ..alhamdulillah kerana memanjangkan
lagi usia hambaMu yang lemah ini agar hambaMu ini
dapat mencari keredhaanMu ya Allah.

Secara zahir memang nampak sangat aku ceria,
happy dan segala macam yang positif.
Tapi hanya Allah je tahu yang tersimpan di minda
dan hati.

2012 berbeza dengan 2011.Tahun lepa
s ketika 26,
kau hilang 3 hari!Bagai orang gila aku mencari dan
end up aku tahu cerita sebenar.Terngiang lagi cerita dan masih
berbekas dalam hati dan minda ini.
Untuk 27 pula,aku sekadar bersama teman-teman di URBAN SHISHA.
Kosong je rasa walau ade sang penghibur.
Harap kau dapat membaca apa yang aku rasa.
Harap kau dapat memberi peluang dan ruang.

Tapi aku philophobia!
Aku memang tak berani untuk berusaha untuk memenangi
hati kau!
Aku takut aku yang terluka.Dan biarkan saja aku
pendam apa yang aku rasa!


Sunday, January 22, 2012

berlalu lagi

Malam CNY yang agak suram,kelam,marah,kecewa
dan macam-macam rasa.Lagu The Reason dendangan Hoobastank
menjadi mainan halwa telinga dengan
berkali-kali dimainkan.

Hanya apabila pertikaian masa depan yang kau nyatakan.

Ya benar aku belum punya apa-apa.Aku faham dengan
apa yang kau nak.Aku cuma ingin sedikit sokongan
dari kau.Dan kau layan aku hanya perlu layan untuk
tidak menyakitkan hati dan tidak mengecewakan aku
sedangkan aku dah memang kecewa dengan kau!

Dan kalau pun aku sudah punyai apa-apa,
belum tentu aku ingin berkongsi dengan kau kerana dengan layanan
kau terhadap aku secara ala kadar.

Dan aku memang sayangkan kau..cuma kau yang belum
memahami aku.Dan lelah aku ini sekadar lelah sahaja untuk
memahami orang yang aku sayangi.

Kalau pun aku belum punya apa-apa...tak boleh ke
nak planning,at least kita usaha.

Dan aku takkan beli kebahagiaan tu dengan WANG RINGGIT!tolong
faham dengan prinsip aku.Kau cari lah yang boleh guarantee
bahagiakan kau dengan dunia keselesaan WANG RINGGIT!

Dan untuk pengetahuan kau....(eh tak perlu lah aku kasitau kau)
alhamdulillah berkat sabar aku dalam mengenal dunia,diri dan kau...
Allah sentiasa beri peluang dan rezeki.

Moge kau jumpa bahagia kau!

Sunday, January 15, 2012

2012

Seakan memberi sinar dan semangat baru.
2011 telah berjaya meninggalkan kesan di minda dan
jiwa untuk terus melangkah walau perlahan.

Kau,kau dan kau datang dan pergi untuk seketika
untuk mengisi hati ini.
Dan kini kembali lagi.
Namun kali ini hadir dengan penuh dengan
PHILOPHOBIA.

Aku tetap meneruskan langkah walau
kembali lagi seperti dulu.
Aku tetap aku walau kembali seperti dulu.
Dan aku tetap aku untuk terus
bangkit dan gagah dengan kehidupan ini.

Hanya menunggu saat untuk aku
leraikan segala yang berlaku antara
kau,kau,kau dan aku.

Aku hilangkan rasa sayang,
aku hilangkan rasa kasih,
aku hilangkan rasa rindu,
aku hilangkan rasa cinta,
aku hilangkan rasa indah,
aku hilangkan rasa bahagia,
dan aku hilangkan segala rasa
terhadap kau.

Hilang rasa itu untuk
aku terus gagah.

Dan hakikatnya,
aku rindukan rasa sayang,
aku rindukan rasa kasih,
aku rindukan rasa cinta,
aku rindukan rasa indah,
aku rindukan rasa bahagia,
dan aku rindu segalanya tentang KAU!

Monday, August 15, 2011

gloomy

Angin dari kipas itu tiada rasa apabila masih begini.Bergema pula
lagu Blind dendangan kumpulan LIFEHOUSE.
Sangat suram je life semenjak URBAN SHISHA terpaksa off hingga raya.
Tambahan pula aku pun yang sedang menghadapi peperiksaan akhir sem.
Tapi ok jugak,ade masa untuk review balik topik-topik.

Rasa dah mcm tak tertanggung je hati dan akal ni menanggung..
ya Allah...cepat la habis exam ni...boleh la aku lari
balek kampung duk tepi pantai!

Thursday, August 11, 2011

no reason to love you

Topik gila jiwang...hahaha.....sambil ditemani kwn-kawan....
tp kepala otak melayang je ke tempat lain...

Sampai rokok pun salah amik....ceh,...nampak sgt kepala otak serabut...

Dah lama sangat aku tak merapu dalam blog...apa saje nak aku merapu dlm ni
kalau bukan kerana kehidupan aku yang sengal ni...hehehe'

Untuk kali ni memang agak sengal kepala,dengan exam,bisnes pun prob,
kawan-kawan lagi...hati dan perasaan lagi...aduyaiii...

Dugaan bulan puasa.....so...bermula dgn keadaan tempat bisnes yang agak
cam .....tp takpe..tenang je hadap....(konon tenang) kalau da dok merayau dari kajang ke seremban ke kl balek kajang balek...eh....tenang ke begitu.....

Bila da pembawakan jauh2 tu...bukan bisnes je pk tp bila da dicampur aduk dgn exam lagi
..dgn masalah jiwa dan perasaan lagi...tu yang drive tak tau hala tuju.

Terase nak g pulau tioman la dalam mase terdekat ni untuk
tenangkan jiwa dan minda ni untuk seketika.

Kalau la....